Yakin

Ilmu Yakin

Salah seorang peserta kursus telah bertanya kepada saya:

“Bagaimana Tuan Haji yakin sesudah mengikuti BMMS kami boleh berjaya?”

Soalan itu sangat baik untuk dijadikan bahan pembahasan, saya menjawab:

“Sebelum saya menjawab, saya ingin bertanya terlebih dahulu siapakah yang mendorong Anda datang ke sini?”

Beliau menjawab “Saya sendiri”. Saya berkata kepada dia “Saya yakin Anda boleh berjaya kerana Anda datang dengan dengan hati Anda sendiri dan bukannya paksaan”

Orang yang datang dengan sepenuh hati tidak sama dengan orang yang datang dengan separuh hati. Apatah lagi dengan hati-hati. Kalau kita ingin berjaya, kita perlulah mengambil risiko dengan penuh berani dan janganlah kerana adanya risiko, kita tidak berani untuk mencuba.

Semasa kita mula belajar menaiki basikal, sudah tentu ada jatuh bangunnya tetapi akhirnya kita mampu untuk melakukannya. Pada permulaan memang agak sedikit keliru menghafal nama-nama bonus dan nama-nama pangkat tetapi akhirnya kita mampu juga untuk melakukannya.

Bagaimana pula dengan orang yang berani terjun menggunakan parasut dari kapal terbang yang sangat tinggi? Apakah risikonya? Jawapannya mestilah kematian…

Apa risiko Anda yang bersama MLM jika gagal?

Jika kita fikirkan risiko sampai bila pun kita tidak akan pernah beroleh kejayaan. Salah satu yang ingin saya tuliskan pada Anda adalah, orang yang sering berfikir tentang risiko akan menjurus kepada benar-benar menjadikannya risiko iaitu gagal sebelum mencuba.


Tuan Haji Ismail

Comments

Popular posts from this blog

Alkali Spray